Tuesday, August 5, 2014

RANDOM JOURNEY #2

NIKMAT APA LAGI YG KAU INGIN DUSTAKAN?

Apabila lihat sekeliling,
Terasa diri ini sungguh bertuah,
Kerna dpt memiliki segala yg diingini.

Bilik yg disusun indah,
Baju yg terlipat tinggi,
Beg yg tergantung penuh,
Buku yg berak-rak,
Barang2 kecil yg menarik.

Itu belum dilihat dr segi gadget yg sedia ada,
Dan masih belum dilihat dari segi benda yg sentiasa mengalirkan duit,

SubhanAllah,
Sungguh baiknya Engkau memberikan aku segalanya.

Tetapi segala yg aku miliki itu tidak bermakna apa2 jika aku tiada satu ini,
Allah yg satu di dlm hati.

TanpaNya,
Hati aku tetap berasa kosong,
Seperti tidak punyai apa-apa,
Seperti hati yg penuh kegelapan,
Tiada disirami cahaya sedikit pun,
Ruangan yg kosong dan lapang.

Sungguh,
Aku dpt merasakan ia di dlm hati ini,
Dulu aku hanyalah insan yg tahu berfoya-foya di dunia sementara ini,
Semua benda aku inginkan,
Barang2 yg mahal menjadi pilihan,
Tetapi Alhamdulillah sekarang tidak lagi,
Kerna aku sudah mula belajar,
Kebahagiaan tidak boleh dibeli dgn wang ringgit,
Bahkan juga aku akan berasa sedih & kesal apabila mengeluarkan duit yg byk,
Kerna segala kebahagiaan kebendaan yg kita peroleh tidak kekal lama,
Hanya pengisian Allah di dlm hati sudah cukup memberikan kebahagiaan dunia akhirat.

Menyesal,
Dgn sikap yg suka berbelanja dan boros pada masa lalu,
Terpapar di ruang ingatan aku akan insan2 lain yg hidup susah,
Tidak memiliki apa2,
Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah,
Kesal,
Tp aku percaya ada hikmah disebaliknya.

Ya Allah,
Nikmat apa lagi yg ingin aku dustakan?
Kesihatan yg baik,
Cukup anggota badan,
Keluarga yg bahagia,
Itu semuanya telah lebih dari cukup,
Seperti aku tidak layak utk mendapat hadiah yg istimewa ini dariMu.
Engkau sentiasa mengingatiku menyayangiku,
Memberikan aku waktu utk terus jihad di bumi ini,
Engkau memberikan aku perasaan kesedaran.

Tetapi kenapa ya Allah,
Aku sering alpa dan lupa akan Mu?
Aku sering lupa utk terus bersyukur?
Aku sering mengeluh apabila sedikit sahaja masaalah yg menimpa diri ini?

Ya,
Sampai masa tertentu aku akan teringat akan ini semua,
Seperti kini,
Aku mnyesal dan bersyukur,
Aku berharap perasaan ini kekal sentiasa,
Aku takut diri ini kian hanyut dgn duniaMu
Dan akhirnya alpa lagi dan lagi.

Ya Allah ya tuhanku,
Aku berlindung di bawah kalimah2 suciMu yg Allah,
Tetapkanlah hati ini terhadapMu,
Jangan kau lalaikan sedikitpun hati ini,
Penuhilah diri ini dgn sikap rendah diri,
Dan insan yg sentiasa dahagakan cinta dan syurgaMu ya rabb,
Perkenankanlah.
Amin Amin Amin ya rabbal a'lamin

-AirynSiMujahid


Thanks for reading :)

0 comment:

Post a Comment