Monday, April 21, 2014

MY MR.S

Assalamualaikum wbt :)

Apakah itu Mr.S? Haha selalunya org sebut Mr.R kan? Stand for Mr. Right. Tp kalini ana nk guna Mr. S which is stand for Mr. Soleh hehe. Kan comel tu. 



Al kisahnya mcm ni hihi. Baru je habis tengok cerita "Aku ada wali" dkt youtube. Seriously sgtsgt best. Even cerita melayu, tp ana sgtsgt respect dgn cerita yg ni. Really2 inspiring and full of lessons. Yes, its an islamic drama series. Only 13 episode je. Tengoklah! Sgt takrugi tau. Menda yg terjadi dlm hidup kita, dan kita boleh apply kan dlm hidup kita nanti, in shaa Allah. Lepas habis tengok je cerita tu, terus promote dkt semua kawan2 paksa suruh tengok jugak haha. Seriously jgn skip even 1 episode pun. Sbb setiap tu ada pengajaran. Untuk kehidupan, untuk juga yg paling byk pengaruh dlm cerita ni kaitan cinta lelaki dan perempuan. Alhamdulillah sgt byk menda yg ana dpt pelajari dr drama ni. Dkt youtube ada, tp takde episode 13. Or tengoklah kt SINI. Ha nmpk tu semangat nk korang tengok, siap bagi link haha. Sbb ana nk lah jugak saudara2 islam ana yg lain dpt jugak ilmu yg ana dapat hehe. In shaa Allah bersama-sama kita berubah ke jalanNya.

Yg byk bg impact kat ana kaitan ikhtilat. Dlm cerita tu ada byk jenis lelaki. Ada yg suka mengorat, yg panas baran, yg dirinya nampak islamic tetapi caranya salah, dan memang ada yg betul-betul islamic. Yg ana belajar dan tersedar, ialah yang dirinya nmpk islamic tetapi caranya salah. Nauzubillahiminzalik. Risau sgt kalau yg tu. Kita mmg dah rasa diri kita ni ikut cara islam, yakin sgt tapi astaghfirullahalazim, caranya tidak diredhai Allah. Harap kita dijauhkan dari ciri-ciri yang mcm tu. Amin amin amin ya rabb. 
kalau hati terpaut sungguh pada seorang gadis, jgn beranikan diri utk bertemu gadis itu. tapi beranikanlah diri untk bertemu dgn ayah dan ibunya
Ha lelaki yg soleh tu dlm cerita ni, muncul dah nk hujung2 episode. So kalau malas sgt nk tgok semua, tengoklah episode 8-13. Dlm episode tu byk psl seorang lelaki yg soleh. Siapa nk kawen dgn ana, kena tengok cerita tu dulu! Kalau menepati, boleh lah. Ceh! Hahaha. Cerita ni ditulis skrip oleh Fatimah Syarha. Cerita ni diadaptasi dari novel "Aku ada wali" penerbitan Fatima Syarha juga. So rasanya nk beli lah novel tu, sbb terlampau byk pengajran dlm cerita tu, nak salin utk peringatan sentiasa pun taklarat nk catat hehe. Dgn adanya novel, snglah highlight dan in shaa Allah boleh rujuk bila-bila sahaja dgn sng.

Tazkirah dari ana sikit hehe :


Selagi belum halal, kita masih ada jarak
Kalau kita nk yg soleh, yg mempunyai akhlak mulia, yg sgt mencintai Allah dan Rasul, kita perbaikilah diri kita dulu. Itu yg penting. Jodoh itu semua ditangan Allah, Allah yg tentukan. Suatu masa nanti akan berlaku juga menda tu, jadi usahlah khuatir dan sebok memikirkannya. Cuma masa akan menentukan cepat atau lambat. Apa yg kita perlu lakukan, persiapkan diri sendiri mengikut redha Allah. Itu sahaja.

Good women are for good men ( Surah An-Nur verse 26 )
 Ini la juga yg jadi dikalangan remaja2 zaman skrg. Sebok memikirkan cinta hingga berlaku ikatan yang tidak sah. Tetapi akhirnya wallahualam, mungkin tidak akan menjadi pasangan kita yg halal suatu hari nanti dan mungkin menyakitkan hati sendiri. Ingatlah sntiasa matlamat hidup kita. Apa yg kita buat, sntiasalah soal dlm hati, adakah ini mendapat redha Allah ataupun tidak. Segala yg tercatat akan berlaku di akhirat nanti semuanya benar dan akan berlaku. Dan masyaAllah, hukuman2 yg dikenakan utk org yg berzina sgt lah dasyat. Nak share pun byk. Bohonglah ana tidak pernah terjebak dgn perkara sebegini. Tetapi Alhamdulillah syukur sgt ana dibukakan pintu hati dpt melihat semuanya. Buatlah search, beli buku2 berkaitan, tengok video2 dan berdampinglah dgn kawan2 yg beramal mulia. In shaa Allah kita akan dibukakan pintu hati. Yg plg penting itu solat kita haruslah dijaga dgn baik. Dijaga baik ini bkn hanya sekadar menjaga solat 5kali sehari tetapi tahap khusyuk dan tahap kita merendahkan diri kita kepada Allah swt. Ana suka sgt baca2 quote dan ana suka ayat ni "Doa itu senjata besar bagi orang Islam" Haa. apa lagi, jgn berhenti berdoa. Allah sgt suka dgn hamba yg suka berdoa kepadanya. Ana ada baca juga, maksiat dan zina ni lah yg paling kuat menyumbangkan kita ni terpesong. Adanya maksiat dan zina, ilmu pun takboleh nk masuk. Jadi, marilah kita bersama-sama berubah. Dan saling mengingati satu sama lain. Ana ada baca satu lagi " Kita sibok memikirkan perkahwinan kita yg bakal tiba nanti, tetapi kita tidak sebok memikirkan kematian kita yg bilabila sahaja yg boleh terjadi. Istighfar" Kita sebok bercinta dan merindukan sesorang yg bukan mahram. Allah cemburu tau. Kita nk ke pencipta kita cemburu? Astaghfirullah. Allah yg sentiasa memberikan kita nikmat malahan setiap hari tapi kita tidak sedar malah seorang yg bukan mahram sering berlegar dlm ingatan. Nauzubillahiminzalik. Lindungilah kami semua dari godaan syaitan dan dari leka mengingatiMu ya Allah. Lagilagi bila kita lihat dunia kita ni skrg, ya Allah sgt lah uzur. Taktahulah kenapa kalau soal seperti perkahwinan dibangkitkan, ana selalu rasa ana taksempat melalui saat tu mungkin kerana dunia telah kiamat ataupun ana sudah tiada. Wallahualam. Ye, mmg susah untuk berubah. Mmg susah utk berhenti berhubung dgn org yg kita syg, tapi demi Lillahitaala apa salahnya. Awal2 confirm mmg susah, tapi lama2 in shaa Allah, Allah akan bantu kita hadapinya dgn tenang. "Allah akan membantu umatNya yang ingin kembali ke jalanNya" Bukan ke sweet kalau masing2 kalau rindu, luah dkt Allah. Dan masing2 dalam doa, dalam diam mendoakan si dia. Sbb kita manusia. Hati kita Allah yg pegang. Jadi mintalah kepada Allah supaya menjagakan dia untuk kita bukan meluahkan kepada si dia dimana membuatkan syaitan bersorak kegembiraan. "If you are looking for a spouse, looking for the one who will take you to jannah" Bersusah dulu, bersenang kemudian. Dunia ini penuh cabaran. Ini semua untuk penentu di akhirat kelak. Ada yg sudah meninggal, jika mereka boleh bersuara, mereka pasti diminta utk dihidupkan kembali dan sepenuhnya taat kepada Allah swt. Sentiasalah mengingati mati. Bukan ke comel cinta selepas nikah? Dan mgikut cara islam? Mcm dlm gambar atas tu! Hehe

Hah ni ada satu blog, bacalah, byk info jugak berkaitan adam dan hawa. In shaa Allah boleh diaplikasikan dalam hidup kita hehe. Here.

Jadi sampai sini je. Ini semua peringatan utk diri ana sendiri juga sebenarnya hehe. Ana pun sgtsgt cetek lagi ilmu berkaitan ini dan masih dalam proses belajar. Hanya berkongsi apa yg ana pelajari. Marilah sama2 kita applykan. Maafkan ana kalau tersilap atau kasar bahasa atau ada menyentuh hati sesiapa. Dan maaf juga kalau tersalah info. Kalau ana ada salah, mohon jgn perlekehkan ana tapi bimbing ana. In shaa Allah bersama hehe. Wassalam :)


Thanks for reading :)