Tuesday, December 24, 2013

Alhamdulillah :)


Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup dalam dunia ni :) Lamanya tak update blog. Mmg dah bersawang habis dah blog ni haha. Post2 blog yg lama dalam 100 lebih semuanya airyn dah delete. Rasa mcm ayat2 yg dikeluarkan dan perangai saat tu mcm jahil yg teramat sgt.

Sedih bila kenang perangai2 airyn yg dulu. Alhamdulillah yg teramat sgt airyn dibukakan pintu hati dan diberikan hidayah oleh Allah. Terlampau byk perkara yg telah terjadi pada tahun ini (2013) yg telah mengubah hidup sy 180 darjah. Baru skrg saya paham apa itu erti kata Islam dan mcm mana seorang islam yg sepatutnya lakukan. Ciri-ciri orang Islam walaupun tidak kesemuanya tapi ada pengisiannya berbanding diri yg sebelum ini. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih sgtsgt. Byk yg telah sy perolehi daripd penghijrahan yg masih hina ini. Sungguh malu dan sedih akan perkara2 yg telah dilakukan dahulu. Andailah masa boleh diputarkan kembali. Tetapi perancangan Allah itu indah :) Setiap perkara yg menimpa diri semuanya ada maksud2 yg tersembunyi yg tiada sesiapa pun tahu melainkan Dia. Setelah kita harungi musibah tersebut, dan setelah Allah limpahkan kan nikmat kepada kita selepas musibah itu, kita akan dpt lihat betapa cantik perancangan Allah itu jika kita lihat dgn mata hati yg terbuka. SubhanaAllah. Dia sentiasa tahu apa yg terbaik untuk kita. Maka sentiasa lah berdoa kepadaNya. Mohon diberikan jalan petunjuk yg benar. In shaa Allah Allah akan membantu umat2Nya yang ingin kembali kepadaNya. Allah itu Maha Penyayang. Dia sentiasa limpahkan kita nikmat yg limpah ruah walhal kita leka dgn Dia. Kita sentiasa mengabaikan Dia. Astaghfirulllahlazim. Pintu taubat sentiasa terbuka. Bilabila masa sahaja kita akan mati. Bermakna berhentilah sepenuhnya amalan dan tugasan2 yg sepatutnya kita lakukan di dunia ini utk bekalan ke akhirat. Ingatlah hidup dunia ini adalah sementara dan di akhirat adalah kekal selamanya.

Renungkan sepanjang kita hidup, apakah yg tertulis dalam buku amalan kamu? Di manakah kamu? Tergolong dalam golongan manakah kamu? Orang kanan atau orang kiri? Di manakah tempat kekal kamu? Syurga atau neraka? Apakah yg telah kamu lakukan sepanjang kamu hidup? Adakah kamu beribadah kepadaNya? Adakah kamu berselawat kepada kekasihNya? Cukupkah amalan kamu untuk menempatkan kamu di Syurga Firdaus? Selamat kah kamu ketika meniti titian siratul mustaqim? Redha kah Allah dgn perkara yg kamu lakukakan di dunia? Kerana Allah kah? Kamu hidup untuk apa? Apa tujuan Allah masih hidupkan kamu di dunia ini? Apa maksud2 tersirat disebalik nikmat dan musibah yg kamu harungi? Bilakah kamu akan mati? SubhanaAllah. Sentiasalah mempersoalkan diri kamu dgn perkara2 sebegini.

Dunia ini semakin uzur. Dunia semakin lama semakin byk perkara2 yg lagha. Bilabila masa sahaja kita akan kembali ke rahmatullah. Bersyukur lah dgn segala pemberianNya walaupun sebesar zarah. Kerana segala apa yg berlaku dlm hidup kita datanganya dari Allah. Walaupun perkara itu pahit, bersyukurlah. Perkara itulah yang akan membantu kamu di akhirat kelak in shaa Allah.


Kita mencari-cari dimanakah matahari setelah hujan yg lebat. Rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan kita pelangi

Subhannallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahuakbar. Segala salah silap dalam coret ini mohon ampun maaf. Hanya berniat utk berkongsi apa yg dialami oleh insan yg masih hina dan jahil. Mohon maaf juga jika ada salah dalam kata2 di atas. Hanya taip apa yg bermain di dalam fikiran pada saat ini. Renungan untuk sy sendiri juga yg masih belajar. Assalamualaikum :)


Thanks for reading :)