Tuesday, July 22, 2014

RANDOM JOURNEY #1

DUHAI HATI YANG TERPENDAM

Kadang-kadang hati ini meronta-ronta diminta untuk meluahkan rasa hati,
Agar tenang rasa di hati,
Supaya kesedihan tidak membelenggu diri,
Kita mencari-cari siapakah yang harus kita cari,
Untuk meluahkan isi hati,
Kerana tiada siapa di sisi,
Ahli keluarga mahupun rakan tidak sesuai untuk dikongsi,
Kerana mereka juga manusia punyai masalah sendiri,
Hati ini terus pendam seakhir hayat akan perasaan ini,
Tiada siapa ketahui kesepian yang dihadapi,
Senyuman manis dan gelak tawa terus dihiasi,
Hanya kepadaNya tempat terbaik untuk ku berkongsi & kembali.

- AirynSiMujahid


Thanks for reading :)

0 comment:

Post a Comment