Friday, May 9, 2014

REDHA DENGAN TAKDIR



Alhamdulillah, syukur ya Allah. Terima kasih ya Allah. 

Walaupun hati ni susah sgt nk berkata syukur berbanding selalu mempersoalkan 'kenapa aku dapat mcm ni' kenapa aku takdapat walaupun aku dah usaha byk' aku sepatutnya dapat tinggi' Tanpa sedar kita seperti ingkar dan membantah takdir yg ditentukan olehNya.

Ya Allah ya tuhanku, ampunilah aku yang sering mempersoalkan nikmat,rezeki dan ketentuanMu ini ya Allah..

Ingatlah bahawa Allah adalah sebaik2 perancang. Ingat tu. Dia tahu apa yg terbaik untuk kita. Maka, apa yg terjadi dlm hidup kita, itulah yg terbaik walaupun menda itu pahit untuk kita telan. Mungkin kita taknampak kebaikannya secara zahir pada waktu sekarang, tapi nanti in shaa Allah, Dia akan tunjukkan. Percaya padaNya. Dia maha berkuasa atas segala-galanya. 

"Dunia adalah pentas ujian. Akhirat adalah penentu hidup" - Quote by myself

Jika diteliti betulbetul, benar semua yg berlaku dlm hidup kita di dunia sekarang ni, semuanya ujian.
 Kita berjaya pun ujian sebenrnya, utk menguji tahap kita bersyukur dengan nikmat yg kita peroleh. Adakah kita lupa dengan si Pemberi nikmat dan leka dgn nikmat yg diperoleh? Berasa bangga kah kita?  Mendabik dada kah kita? Walhal kejayaan itu adalah pemberian Allah bukan dari kita sendiri. Sedarlah wahai diri. Di akhirat nanti, kita semua sama. Pengakhiran hidup kita semua di tempat yg sama, dalam tanah. Kejayaan kerjaya kita, harta kita, semua itu tidak dibawa mati malah Allah taktengok pun dan sedikit pun tidak terkira dlm amalan kita nanti. Yg tinggal saat itu, hanyalah buku cacatan kita sepanjang kita hidup, bekalan ibadah dan iman kita. Ini semua dunia semata2 dan hanya bersifat sementara, tidak kekal, dan milik Allah.

"Sometimes what which you want most is most harmful for your hereafter so Allah take it away from you " - Abdulbary Yahya

Kita gagal, itu yg sering dilihat oleh mata manusia sebagai ujian. Ujian selalu dilihat sebagai perkara yg menyedihkan dan memerlukan kekuatan. Ye betul tu, tapi bukan itu sahaja. Ujian juga boleh dtg dlm bentuk kejayaan dan kebahagiaan seperti yg telah dinyatakan di atas. Kadang-kadang kegagalan itulah sebenarnya kejayaan. Jika kita berjaya sekarang, mungkin kita akan gagal nanti. Jika kita gagal skrg, mungkin kita akan berjaya nanti. Hidup kita ni, takselalu naik. Takselalu berjaya. Kerana manusia mudah leka dengan kejayaan diri. Tak semua kita nak, kita boleh dpt sebab sesetengah apa yg kita inginkan sgt, padahal itulah yg terburuk untuk kita. Allah tahu mana yg terbaik. Mungkin bg kita, kita nmpk apa yg kita inginkan sgt tulah yg terbaik untuk kita tapi kita taktahu apa yg bakal kita tempuhi jika kita terus dengan keinginan kita tu. Mungkin kita jatuh, gagal dan sebagainya kelak. Wallahualam. Kita taktahu masa depan kita mcm mana tetapi Dia tahu. Allah yg mana mngetahui. Tapi kita juga harus ingat, jgn hanya berserah sahaja akan takdir. Tapi fikir dan muhasabah diri balik. Kenapa menda camni boleh jadi? Mungkin kita ada buat salah sebelum ni yg Allah tidak redha. Mungkin diri ini masih melakukan dosa yg buat Dia marah. Renungkan balik dan cuba perbaiki diri. Jgn sedih bila Allah takbagi apa yg kita minta. Kdg2 Allah takbagi kerana Allah tahu kita taklayak dengan  apa yg kita minta. Tp bukan Allah takbagi terus. Allah nk bagi yg lebih baik untuk kita. Semua perkara yg berlaku dulu ada hikmahnya, tak kira la ia berkenaan apa sekalipun. Yakinlah bahawa Allah akan memberi sesuatu yg lebih baik dari apa yg kita impikan dulu.

Ketika kita berharap yg terbaik tapi kita hanya mendapat yg biasa, bersyukurlah kita tidak mendapat yg terburuk. Alangkah lebih baik jika kita mensyukuri segala nikmat yg Allah beri, daripada terus menghitung kekurangan kita. Sebahagian dari kita tidak mensyukuri apa yg sudah dimiliki, tetapi kita mnyesali apa yg belum kita capai.

Jika kita redha dgn takdir, in shaa Allah, Allah akan sentiasa bantu kita. Baru sikit Allah uji kita dah mengeluh, sedih yg melampau seperti tidak redha. Kita ni semua lengkap. Hidup dlm Islam, masih berkemampuan sara hidup, cukup pancaindera, apa kita nak, byk kita dpt, dikurnia orang2 sekeliling yg syg kita, apa lagi kita nak? Masih taklebih dari ckup? Bandingkan hidup kita dengan orang yg lebih bawah dari kita. MashaAllah, bukalah minda dan pintu hati. Tengok dgn lebih meluas.Orang yg redha dgn ketentuan Allah, dia akan berasa tenang walaupun ditimpa ujian. Mmg sgt susah utk redha jika sesuatu yg kita idamkan dari kecil selama bertahun-tahun hidup, akhirnya tidak tercapai. Pujuklah hatimu wahai diri. Igt akan kekuasaan Allah terhadap segala di dunia ini. Ada ayah ana ceritakan satu kisah mengenai kawannya ketika ana sedih. Tapi asif ana takberapa nk igt jalan cerita full dia sebab dengar takdengar dek hidung yg sok sek menangis haha. 

"Kawan papa ni nama dia ABC (identiti dirahsiakan haha) , dia org yg kaya raya. Dia ada satu syarikat ni. Dia melabur separuh dari harta dia. Separuh kak. Bukan sikit. Lepastu menda ni jadi yg sama dekat seorang lagi nama DEF (asif haha). Lps duadua ni melabur, keduadua mereka punya hasil pelaburan hilang. (bankrupt kot, haha takigt tp kira cm hilang lah duit tu hehe). Lpstu si ABC ni rileks je. Dia taksedih pun. Tenang je. Org pun pelikla, yela separuh harta dia hilang kenapa tak mengamuk mcm si DEF. Org pun ramai tanya, " Kenapa kau rilek je aku tengok? DEF tu dah mengamuk sedih semua dah" ABC tu, dgn sng dia jawab "Sebab aku redha dgn ketentuan Dia. Lagipun harta tu semua Allah yg punya, bukan aku punya. Mungkin harta yg aku labur tu, ada sebahagian dari hasil yg haram. Aku taknak aku bagi keluarga dan anak2 aku makan menda haram. Lpstu jadi darah daging diorang. Aku taknak. Aku percaya Allah buat ni semua terbaik untuk aku. Allah syg aku tu sebab Allah tolong aku. Kalau la aku berjaya je sntiasa, dpt duit byk mungkin aku akan lupa Allah. Mungkin aku skrg tgh sibuk bersuka ria dgn harta aku. Allah syg aku, dia taknak aku lupa Dia"

MashaAllah, SubhanAllah, sungguh suci hati dia. Ana tambah menangis lepas dengar cerita tu. Sbb ana rasa berdosa, menangis yg teramat sgt kerana sedih tidak dapat capai apa yg ana inginkan sgt dan selalu mempersoalkan ketentuan Allah tanpa berfikir panjang. Ana juga rasa cemburu kerana si ABC tu boleh berfikiran mcm tu. Andainya ana boleh berfikiran mcm tu juga dari saat awal. Tp Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Sayangnyaa Dia kat hamba-hamba Dia :) Apabila kita redha pada sesuatu yg mngecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dgn sesuatu yg tidak dijangka

Allah knows whats best for us, so why should we complain. we always want the sunshine, but he knows there must be rain

Dunia ni semua hanyalah sementara. Bukan kejayaan di dunia yg kita kejari tetapi Syurga, kejayaan di akhirat kelak. In shaa Allah. Mohon maaf ssgt kalau ada cacat cela dari entry kali ni. Kebanyakannya ni semua sebenarnya untuk membingan dan dorongan diri sendiri ketika sedih hehe. Hanya berkongsi. 
La Tahzan, Innallaha ma'ana (Jgn bersedih, Allah bersama kita) Qawi lillahitaala (Kuat kerana Allah). Oh ye, bwh ni ada satu vid, tengoklah. Tersentap jgk tengok hm. Muhasabah diri. Wassalam :)





Thanks for reading :)