Thursday, January 28, 2016

Impian

Ya Allah, aku betul2 ingin berubah ke jalanMu. Jln yg Engkau redhai. Stp kali aku tersedar, aku sedih kerana menyedari diri ini masih belum betul2 dijalanMu. Aku terus cuba dan gapai impian itu tapi malangya semakin hari aku menjadi semakin lupa akan impian itu. Aku igt tapi semngat itu telah hilang. Aku menjadi semakin leka. Allahu, tolong hambaMu ini. Aku betul2 ingin menjadi wanita solehah, menjadi dambaan syurga, disayangi Allah dan dikagumi Rasulullah. Tolong jgn biar aku hanyut dgn dunia ini ya Allah. Berikan aku petnjuk hidayahMu stp kali aku tersungkur. Jgn biarkan hati ini gelap dan hitam. Jgn jauhkan aku dariMu. Jgn biarkan hati ini lebih mencintai, menyayangi dan mengingati ajnabi lebih dari aku mencintai dan mengingatiMu ya Allah dan Rasulullah. Berikanlah aku sntiasa igt akan kata2Mu, dan laranganMu. Aku sedih. Aku takkuat utk istiqamah. Hanya tika aku mula membaca buku ilmiah, aku akan tersedar. Tp kemudian aku akan kembali alpa. Sungguh aku ingin sgt hati ini dipenuhi dgn kecintaan terhadapMu dan Rasulullah. Aku betul2 ingin hijrah. Hati ini, moga terus kuat dan terus bersangka baik dgn apa pun ujian yg menimpa aku. Kkdg aku merasakan cinta manusia ini sedikit sbyk mengganggu aku. Kkdg aku hanya mengharapkan pertemuan kami sepatutnya tiba pd masa kami sudah bersedia utk menjadi halal. Aku takut ya Allah. Aku takut aku takkuat menjaga hati. Tp aku buntu. Apa yg harus aku lakukan? Masanya masih belum tiba. Ikhtilat masih cuba dijaga. Ia menyiksa aku ya Allah. Aku ingin ssgt ini semua cpt berakhir dgn jalan yg Kau redhai. Tp apakan daya. Persiapan kewangan menjadi salah satu halangan. Pembelajaran harus diteruskan. Walaupun mendapat restu kedua ibu bapa, ia masih merisaukan aku. Kalaula org tua kami faham dan diizinkan utk awl. Tp takmungkin. Kkdg aku rasa, aku telah mnjd pemberi dosa kpd si dia. Allahu, aku taknak menjd punca ya Allah. Moga perhubungan ini menuju ilahi & meguatkan kami dlm perjuangan dakwah dan agama kami. Cinta keranaMu. Redhai kami, permudahkan urusan kami, cptkan kami dan mohon sssgt ya Allah moga kami jauh dari maksiat dan segala zina.


Thanks for reading :)

Monday, January 25, 2016

Puji? Hina?

Pujian? Kenapa manusia susah sgt untuk memuji org lain? Dan kenapa perli hinaan sgt senang untuk diluahkan?

Apabila manusia buat sesuatu kebaikan, kita hanya diam membisu. Dan tetapi apabila manusia buat kesalahan, sgt sng utk ditunding jari.

Kkdg manusia harus diberikan pujian atas perkara yg dia lakukan supaya dia terasa di"motivate" dgn pujian tersebut dan akan lakukannya lagi. Dia juga akan berasa bahagia dan sengih je hahah takke kita dah mengundang pahala apabila membuat sesorang bahagia? 

Ttp harus igt, pujian tidak harus diberikan dgn selalu dan melampau2 kerana takut akan perasaan riak yg akan hadir dlm diri ssrg itu. Mudarat tu jadinya hahah kang dlm hati niat nk buat, sbb nk inginkan pujian org lain, bukan dgn ikhlas. No no no. 

Kkdg kesalahan manusia harus ditegur dgn baik. Bukan dihina dan dicaci. Atau erti kata lain iaitu dgn hikmah. "Hikmah" membawa maksud kebijaksanaan. Mengikut keadaan. Lain org lain hati. Lain org lain cara. Supaya manusia itu sedar. Terang2 insan yg bernama manusia ni seorang yg mudah lupa yg sprti juga byk disebut dlm Alquran. Dan juga supaya manusia tidak mengulangi kesilapannya lagi. 

Tetapi igt, cara kita menegur itu sgtlah penting dan kena berjaga2. Ada org yg susah utk menerima teguran, dan ada yg takboleh dibangkang perbuatannya. Maka berfikir2lah dulu, susun ayat dlu, nk tegur org ye. 

Biar sama2 okay dan Allah pun sukaa :)


Thanks for reading :)