Friday, May 15, 2015
-Mama
"Menda yg ada high value mesti usaha & level dia tinggi dan susah. Mama takkesah pun kakak dpt rendah ke tinggi ke. Takpayah nk dekan2. Enjoy je. Yg pntg takfail & takde repeat. Itu je. Takpayah aim tinggi2. Yg pntg dpt degree tu je. Kakak boleh punya buat. In shaa Allah. Rasa stress gi keluar shopping makan jalan2. Jgn force2. Kakak dpt course chem eng ni pun dah bagus sgt dh. Mmg dikira proud dah."
Thanks for reading :)
Thursday, February 12, 2015
Result Sem 1
Mama papa, maafkan kakak. Kakak takboleh janji kakak boleh jadi anak yg pandai. Tp kakak janji utk berusaha dan berusaha utk menjadi anak yg solehah.
Allahu, aku tahu Engkau ada perancangan yg sgt baik utk aku. Aku tahu tu. Aku tahu ada sebab Engkau masukkan aku dlm course yg paling aku takminat. Chemistry, dari zaman SPM, Asasi & sampai skrg aku takboleh nk bawak. Tp aku yakin dgn kata2 Engkau.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
[Al-baqarah:216]
Kuatlah wahai diri. Qawy lah. Rasulullah sendiri tidak mengharapkan sedikit pun kebahagiaan di dunia. Walhal beliau adalah kekasih kesayangan Allah. Apatah lagi diri yg sgt hina ini. Layakkah aku utk harapkan kebahagiaan di dunia? Tidak. Dunia dicipta utk sedih. Dan syurga dicipta utk mereka yg beriman & membuat perubahan dlm diri di dunia. Result ini Allah takpandang sedikit pun. Tidak dibawa ke akhirat langsung. Tetapi bekalan iman & ibadah kau yg ditimbang. Usahlah bersedih wahai diri. Result pun kau sedih bagai nk rak. Tapi psl akhlak ibadah kau, ada kau nk sedih smpai mcm ni? Come on shaz. Wake up. This is the starting. You have 7 sem more. Strive harder! Allah syg kau ssgt shaz. Sbb tu Allah uji. Bersyukurlah.
"Dia nk tgk tahap mana iman kau blh pergi. Aku bukan nk action aku ni hebat, tp aku nmpk kau kuat for everything. Aku kenal kau kan. Jgn sbb Dia bg kau result mcm ni, kau terus takbahagia. Mana nikmat Dia bg sblm ni? Ujian itu tanda Allah peduli. Apa2 aku ada utk kau okay?" -AinurAiniah
"Shazreen, I know you had struggle with your course more than anyone else. I know you had done your best. you are strong my dear. I know you. Kalau tak, kau takkan dpt cuit hati aku ni utk berasa cemburu dgn setiap perubahan kau. Jgn hilangkan seri and semangat yang ada dekat diri kau. Aku tak berdiri dekat tempat kau, tp aku cuba untuk berada kat tmpat kau. Sbb kau selalu bantu aku bila aku nk jatuh, kau bangunkan aku balik dgn kata kata kau. Skrg aku nk tlg kau. Kita bangun balik sama sama eh? Jangan sedih shaz. Kalau result kita tak seperti apa yg kita duga, maknanya usaha kita tak ckp, kalau kita rasa kita da bg yg terbaik, tp masih tak nmpk hasilnya.. mknenya gandakan usaha tu, dan mgkin jugak akan ada satu saat nnt hasil yg kita harapkan akan tiba melebihi apa yang kita nak. Shaz, kita pelan pelan bangun eh? Aku nk kita pegang kejayaan tu sama sama. Aku sayang kau. Jangan sedih eh? Aku tak dpt peluk kau, So, aku peluk teddy bear kau, okay? Alhamdulillah, serius. Its bonus for me to know you. Bonus sgt penah jd roomate kau, thats why i know you. I know how you feel when you are upset. And i know how you will react when others talk about this stuff. Because i once had become your roommate. Shazreen, tau tak br td senior aku br ckp ape, budak engine mmg ssh nk 3.0 smtg, and when you told me your result, wow!! Shazreen you are engineer to be! Tahniah shaz! Its mean you are meant to be in that course!" -AtiqahSaifuzzaman
"Aku nak cakap pun mcm aku tak layak. Knowledge aku. Makin manusia tu nak berubah, allah akan bagi banyak dugaan. Dia nak tgk kita ni kalau banyak dugaan still ingat Allah ke tak. Makin kau nak berubah shaz, mcm mcm dugaan kau dpt. Kan? kau pun blh nampak shaz. Betapa sygnya Allah dkt kau. Life kau ni actually baik tau. Kau berkemampuan, i mean dlm keluarga yang senang. Kau kategori pandai. Then kau lawa babe. Ok ni tak tipu ah kau mmg lawa sbb tu ramai suka kau. Kau baik. Definition of perfect, is you. But well manade manusia yg sempurna. Sbb tu kau kena redha. Bukan semua benda yg kita nak blh dpt" -FatinEzzati
"Pernah tk awk dgr satu kata2 tu, "semakin kite dekatkan diri dgn Allah, semakin bnyak ujian yg kite hadapi" mungkin bnde yg trjadi ni salah satu tnda Allah syg dkt awk..Dn mungkin dye rindu nk dgr suara awk merintih memohon pada DIA atas ujian yg tlh awk hadapi..Dn pasal dakwah dn surau semua tu.. kite berpegang dgn ayat "jika kite tlg dijalan Allah, Allah akan tlg kite" Mngkin skrng ni awk tk nmpak lg semua tu, in shaa Allah satu hri nnti pasti bnde tu akan trjadi..Tp ape2 pun, awk jgn sesekali rase utk tinggal kerja dakwah awk dn aktiviti surau..anggapla bnde yg terjadi ni sbg satu ujian utk mnjadikan awk org yg cemerlang satu hri nnti..Chaiyyoookkk shazreenn!!! Terus mara pandang ke hadapan..jd kan ujian yg awk hadapi sbg pengajaran dn pembakar smngat!!! In shaa Allah sy yakin ur next sem lebih baik dn lebih cemerlang!!!! :)" -SAHSM
"Nrinanidream.blogspot.com" thankyou nani sbb smpai tulis dlm blog bg semangat hehe and also ur post about "to be or not to be" yg special post only for me :')
Jazakillah kheir krg. Syukur Alhamdulillah utk kwn2 yg sgt mmberi smngt walaupun tidak diminta. They come to me & gve all this. MasyaAllah. I keep reading this coz its make me strong & feel better. Siap call smpai 8kali. Terimakasih ya Allah. Yep. I still remember that frst2 aku masuk course ni. Mmg semua senior ckp chemical engineering is the hardest course among other engineers. Dan mereka juga ckp, bila dah sem 2 nnt, kita akan tgok makin sikit org in that course sbb kena tendang. Alhamdulillah aku masih in this course. And aku jgk igt, masa aku jwb final paper, aku hanya harapkan lulus sebab susah sgtsgtsgt & aku risau sbb ramai ssgt repeaters dlm kelas aku. Bersyukurlah. Berikan aku kekuatan mengharungi ujian Kau yg penuh liku ini ya rabb. Amin amin amin ya rabb!
"Kau rasa Allah syg aku tak?"
"Mestilah. Syg sgtsgtsgt. Sebab tu Allah bg ujian besar kt kau"
Dan tidak lupa juga. Harini adalah hari Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia. Allahu. Mmg sedih ssgt rasa. Sebak. Terkejut. Mula2 sedih dgn khabar berita tu. Then sedih pulak dpt result. Pemergian tok guru sgtsgt terkesan kt diri ni. Allahu. Berkatilah rohnya ya Allah. Risau. Semakin lama semakin ramai ulama & tokoh perjuangan islam yg pergi. Apa akan jadi pd masy islam lepas ni. Allahuakbar. Dunia sgtsgtsgt uzur.
And i found this in my usrah group..
Finally semua terjawab :)
Pernah tak ,
Kau gagal dalam exam ?
Walaupun kau dah habis study ,
Dah habis buat semua ibadat wajib ,
And ibadat sunat ,
Dengar cakap parents kau ,
Jaga ikhtilat ,
Semua lengkaplah .
Tapi ,
Result kau remain the same .
Rasa macam ,
Hijrah kau worthless je .
Rasa macam ,
Better jadi macam member kau ,
Yang enjoy memanjang tu .
Tengok movie ,
Lepak ,
Dating ,
Couple ,
Study ala kadar ,
Banyak chatting ,
Banyak story pasal bola dsb .
Depa still dapat good results .
Pernah kan rasa macam tu ?
Even sikit .
Sikitttt pun .
Jap !
Actually ,
Kau taktahu ,
Disebalik hijrah kau semua tu .
Dengan ibadat yang tak tinggal semua tu .
Kau sebenarnya ,
Dah hidup dalam redha-Nya .
Punca sebab kau tak dapat good result ,
Even kau dah pulun satu buku ,
Tak tinggal ibadat ,
Sebab ,
Allah nak ampunkan dosa kau .
Nak tunjuk yang ,
Dia dah ampunkan kau .
Orang panggil kafarah dosa .
Kita buat dosa ,
Dan Allah bagi kafarah dosa ,
Menunjukkan yang kau diampunkan oleh-Nya .
Kafarah tak semestinya dalam bentuk sakit sahaja .
Maka ,
Bersabarlah .
Lambat laun kau akan dapat good result tu .
Jangan pernah berhenti berhijrah .
Jangan .
Keep on moving forward .
Keep Calm
And
Slow-Slow
Follow
The
Flow ~ ♡
Who i am?
and so on. But all these depends on the person i communicate with. So people cant judge me by only looking at 1 situation. If you want to know me, find me when im with :
1) Family
2) 'Love'
3) Bestfriends
4) Friends
5) Surau / Any friends yg islamic
6) Boys
7) Alone
Im so so different w each i stated above. Gudluck to find the real me hehe
Friday, February 6, 2015
Wanita Solehah
Allahuakbar. Ana ttbe rasa nk post gmba ana dgn kawan2 keluar jalan2 harini. Sbb gamba background cantik sgt. And ana mmg trpkir nk post je gmba nmpk muka ana tu. Takyah edit hitamkan muka. Mmg dh lama ssgt ana takpost gmba muka ana dkt sosial network. Tp sebelum ana post, ana bukak insta dlu. Ttbe ana ternmpk gmba atas tu. Allahurabbi. Tersentak ana rasa. Ana terus rasa ni petunjuk & hidayah Allah utk ana. Alhamdulillah. Terus hilang rasa nk post gmba tu. Allah, maha kuasa & maha penyayang. Syukur Alhamdulillah. Takdinafikan lumrah perempuan mesti suka amik gambar. Dan post. Tula salah satu antara nafsu perempuan yg masyaAlllah sgt susah nk dtinggalkan. Takkesah lah kalau dia rasa taksuka amik gmbar pun, tp mesti at least dia akan post satu jgk gmba muka dia. Kankan? Hawa takyah tipulahh hehe. Confirm punya. Tp ketahuilah, wanita solehah itu tidak memandang dan dipandang. Itula yg org kata wanita solehah ni bukannye sng. Itula jugak wanita solehah ni lg mulia dari bidadari syurga. Bayangkanlah betapa mahalnya wanita solehah ni. Mnjadi wanita solehah bkn hanya sekadar memakai purdah sbgainya. Tp skrg nauzubillah ramai yg pakai purdahpun post gmba sndiri. Niat asalnye utk memakai purdah adalah tidak ingin dilihat. Ttp dipost nye pulak ke media social. Hukum memakai purdah itu sunat. Ttp melabuhkan tudung menutupi dada itu adalah wajib. Wanita solehah itu baik pada aqidahnya, akhlaknya & ibadahnya. Susah kankan? Hehe takpe, kita jgn pernah putus asa & mencuba. In shaa Allah kita semua bakal mnjadi wanita solehah. Amin! Yg susah utk dicapai itulah, yg mahal. Ya Allah, moga Engkau sentiasa berikan petunjuk kepada kami ya Allah terutamanya ketika kami leka & alpa. Saaaayang Allah ☺️
Saturday, January 31, 2015
BERSABARLAH HATI
Bersabarlah duhai hati
Thanks for reading :)
Biarkan cerita kita ini tidak seperti mereka yg lain
Biarkan mereka
Kerana kita ingin menuju redha Ilahi
Dan itu sangat susah
Tika susah ingatlah bahawa perjalanan menuju syurga itu dipenuhi dgn duri
Dan yakinlah dgn janji Allah
Ada kemanisan disebalik ini semua
Agar cerita kami tidak dipenuhi dgn taik2 maksiat & zina
Kuatkan hati ini
Jagalah hati ini
Lindungilah hati ini
Moga Allah redha
Itu matlamat utama hidup kita
Ye
Capai redha cinta pencipta kita
Inginkan Dia bahagia dgn cara kita
Dia yg segala-galanya
In shaa Allah
Hati inginkan gelaran wanita solehah
Wanita solehah jaga hati & ikhtilat
Bersabarlah duhai mawar agama 🌹
Qawy!
Tuesday, August 5, 2014
RANDOM JOURNEY #2
NIKMAT APA LAGI YG KAU INGIN DUSTAKAN?
Terasa diri ini sungguh bertuah,
Kerna dpt memiliki segala yg diingini.
Bilik yg disusun indah,
Baju yg terlipat tinggi,
Beg yg tergantung penuh,
Buku yg berak-rak,
Barang2 kecil yg menarik.
Itu belum dilihat dr segi gadget yg sedia ada,
Dan masih belum dilihat dari segi benda yg sentiasa mengalirkan duit,
SubhanAllah,
Sungguh baiknya Engkau memberikan aku segalanya.
Tetapi segala yg aku miliki itu tidak bermakna apa2 jika aku tiada satu ini,
Allah yg satu di dlm hati.
TanpaNya,
Hati aku tetap berasa kosong,
Seperti tidak punyai apa-apa,
Seperti hati yg penuh kegelapan,
Tiada disirami cahaya sedikit pun,
Ruangan yg kosong dan lapang.
Sungguh,
Aku dpt merasakan ia di dlm hati ini,
Dulu aku hanyalah insan yg tahu berfoya-foya di dunia sementara ini,
Semua benda aku inginkan,
Barang2 yg mahal menjadi pilihan,
Tetapi Alhamdulillah sekarang tidak lagi,
Kerna aku sudah mula belajar,
Kebahagiaan tidak boleh dibeli dgn wang ringgit,
Bahkan juga aku akan berasa sedih & kesal apabila mengeluarkan duit yg byk,
Kerna segala kebahagiaan kebendaan yg kita peroleh tidak kekal lama,
Hanya pengisian Allah di dlm hati sudah cukup memberikan kebahagiaan dunia akhirat.
Menyesal,
Dgn sikap yg suka berbelanja dan boros pada masa lalu,
Terpapar di ruang ingatan aku akan insan2 lain yg hidup susah,
Tidak memiliki apa2,
Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah,
Kesal,
Tp aku percaya ada hikmah disebaliknya.
Ya Allah,
Nikmat apa lagi yg ingin aku dustakan?
Kesihatan yg baik,
Cukup anggota badan,
Keluarga yg bahagia,
Itu semuanya telah lebih dari cukup,
Seperti aku tidak layak utk mendapat hadiah yg istimewa ini dariMu.
Engkau sentiasa mengingatiku menyayangiku,
Memberikan aku waktu utk terus jihad di bumi ini,
Engkau memberikan aku perasaan kesedaran.
Tetapi kenapa ya Allah,
Aku sering alpa dan lupa akan Mu?
Aku sering lupa utk terus bersyukur?
Aku sering mengeluh apabila sedikit sahaja masaalah yg menimpa diri ini?
Ya,
Sampai masa tertentu aku akan teringat akan ini semua,
Seperti kini,
Aku mnyesal dan bersyukur,
Aku berharap perasaan ini kekal sentiasa,
Aku takut diri ini kian hanyut dgn duniaMu
Dan akhirnya alpa lagi dan lagi.
Ya Allah ya tuhanku,
Aku berlindung di bawah kalimah2 suciMu yg Allah,
Tetapkanlah hati ini terhadapMu,
Jangan kau lalaikan sedikitpun hati ini,
Penuhilah diri ini dgn sikap rendah diri,
Dan insan yg sentiasa dahagakan cinta dan syurgaMu ya rabb,
Perkenankanlah.
Amin Amin Amin ya rabbal a'lamin
-AirynSiMujahid
Tuesday, July 22, 2014
RANDOM JOURNEY #1
DUHAI HATI YANG TERPENDAM
Kadang-kadang hati ini meronta-ronta diminta untuk meluahkan rasa hati,
Agar tenang rasa di hati,
Supaya kesedihan tidak membelenggu diri,
Kita mencari-cari siapakah yang harus kita cari,
Untuk meluahkan isi hati,
Kerana tiada siapa di sisi,
Ahli keluarga mahupun rakan tidak sesuai untuk dikongsi,
Kerana mereka juga manusia punyai masalah sendiri,
Hati ini terus pendam seakhir hayat akan perasaan ini,
Tiada siapa ketahui kesepian yang dihadapi,
Senyuman manis dan gelak tawa terus dihiasi,
Hanya kepadaNya tempat terbaik untuk ku berkongsi & kembali.
- AirynSiMujahid
Monday, July 21, 2014
SOCIAL NETWORK
Bismillahirrahmanirrohim..
As salam alaik :)
Nk berkongsi pendapat & sedikit ilmu yg diperoleh sedikit berkenaan social network. Terutama bg remaja lah kot. Sebelum tu nk beritahu, ini pun untuk diri ana sndiri. Peringatan utk diri ini yg byk kelamahannya jugak. Yg sudah byk leka dgn dunia internet ni. Iman kita taksentiasa naik dan konsisten. Manusia mudah lupa dan alpa. Dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Walaupun kesilapan yg sama berulang kali. Mohon jangan dipandang hina tapi minta sgtsgt tolong tegur kesilapan yg dilakukan. Tegurlah dengan baik wahai sahabat. Bukan dengan cacian dan perlian.
1) WORD POST
Allahu Allah. Semakin lama dunia globalisasi semakin meluas. Semakin bermain di jejari2 manusia. Setiap masa. Sampai ada yg sanggup melambatkan2 ibadah untuk bermain dgn gadget internet mereka. Allahu.
Kekadang setiap benda yg terjadi pada kita, mesti kita nk post kan. Walaupun benda tu benda remeh je and tidak difahami akan kejadian yg sebenar oleh orang lain. Khususnya di twitter/fb. Bagi pandangan ana, itu tidak salah. Tp empunya acc tu haruslah juga berfikir, adakah manfaat disebalik kata2 yg dipostkan? adakah akan menyinggung perasaan sesiapa? Kita juga harus igt kita berada di kalangan orang ramai (dunia twitter, followers). Bukan kita hidup sorang2 je dgn dunia kita post ini itu. Kita juga kena prihatin dan menjaga hak-hak mereka yg menggunakan twitter juga. Ruangan yg keluar di home timeline mereka. Postlah menda2 yg baik. Semoga segala perkataan yg dikeluarkan memberi manfaat kepada orang lain. Tidak langsung dgn itu juga, kita akan peroleh pahala. Takke senang? Sejurus itu juga, kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai orang islam iaitu berdakwah. Internet ni, bila kita guna dgn salah, akan terjerumus dgn lagha. Follow la acc yg sentiasa memberi motivasi kepada kita, mengajak kita mmbuat kebaikan dan sntiasa mengingati kita kepada si pencipta. Ni, kalau tweet asyik maki hamun sana sini, marah sana sini, smpai keluar kata2 kesat, takke org lain akan baca dan zap sng sng je kita terus dapat dosa? Manusia ni kadang2 ada yg sng mencontohi orang lain. For instance, jika dia sudah biasa terbaca post2 yg mencaci maki, kemungkinan besar dia sendiri akhirnya akan mengeluarkan perkaatan sebegitu juga. Wahai sahabat, jika kita dalam keadaan marah, jauhkan lah diri dari dunia global. Takut kita mengundang dosa tanpa kita sedar. Apabila amarah mengawal diri, semua benda boleh jadi. Oleh hal demikian, duduklah seketika dan beristighfar.
Satu lagi sifat yg harus kita jauhi adalah sifat riya'. Kkdg kita suka post kata kita dpt ini itu, kita buat kebajikan & mcm2 lagi. Tanpa kita sedar, ada diantara mereka yg sgt menginginkan menda yg kita peroleh. Kemudian mungkin akan timbul kesedihan pada dirinya, hasad dengki dan sebagainya. Post2 sedemikian yg dpt menimbulkan perasaan riya dlm diri. Bangga akan diri. Dan show it up to everyone is so wrong.
Psl acc yg memberi dakwah, yg femes2 tu, followers beratus2 beribu2, kebanyakannya (taksemua) suka berdakwah dalam nada perlian ataupun sindiran. Kata2 pun mcm tidak seperti mengajak tetapi penuh dgn sindiran dan kata2 yg kasar. Ya sahabat, bagaimana kawan2 kita mahu berubah dan terima dakwah kita jika kita post dgn kata2 sebegitu rupa? Allahu. Sebelum post, periksa dulu. Sbb apa? Kalian memainkan peranan yg besar dalam menyebar statement. Disebabkan kalian seorang yg famous, kalian akan mendapat byk retweet dan secara autonya, ramai orang yg akan baca statement tu. Bukan kah kita kena berdakwah dengan berhikmah? Kata2 yg penuh sopan. Barulah orang terikat dgn kata2 kita tu, in shaa Allah. Nk tegur kesalahan mereka, haruslah dgn baik. Pikir sedalam2nye dulu sebelum berkata2. Adakah akan mmbuat dia tersinggung? Adakah Allah redha dgn caraku begini? Tegur dgn baik bukan marah2 sindir2 ye :)
2) SELFIE
Berkaitan 'selfie' yg semakin menjadi kegilaan org ramai. Ini haruslah diambil perhatian lebih bgi kaum hawa. Lagilagi dengan wujudnya "Instagram" iaitu dimana tempat utk postpost gambar. Sebelum tu, baca bwh ni :)
Untuk bakal2 bidadari syurga. In shaa Allah.
Share dari group usrah. Dan ada diubah sedikit :)
Hawa sayang..
Tahu tak korang,
Perempuan yg menayang gambarnya di laman sosial itu ibarat menjual
dirinya sendiri?
- Ustaz Pahrol
Tahu tak korang,
Setiap selfie kita yg diupload kat instagram ni akan auto saved
dlm internet?
Tahu tak korang,
Eventhough kita dah private instagram kita daripada ajnabi pun,
Deme boleh tengok gmbar kita kt internet?
Just by search kita punya tag dan caption?
Takpercaya?
Korang blh bukak ******* and ****** and search for tags. (asif
takboleh bgtau disini nnt ajnabi bukak hehe)
Hawa,
Jadikan dirimu mahal bagai berlian di dalam kaca.
Bukan semua dpt menatap kita.
Hawa,
Muslimah yg solehah itu,
Tidak memandang,
Dan tidak dipandang.
Hawa,
Mcm mana Adam tidak memandang,
Jika anda yg menayang?
Hawa,
Ini bukan salah Adam semata-mata.
Salah kita juga kerana memaparkan diri kita.
Hawa,
Maruah diri kita tidak ternilai jumlahnya.
Takkanlah sewenang-wenangnya dipamerkan begitu sahaja?
Hawa,
Masih belum terlambat,
Untuk kita bertaubat.
Selfie itu tidak salah.
Upload selfie byk byk di lmn sosial itu wajarkah?
Apa yg kita dpt dgn upload selfie d lmn sosial?
Pujian manusia?
Like?
Share?
Caption dah gempak.
Tp gmbr selfie nmpk?
Jika kita ingin masuk ke syurgaNya.
Kita kena ambil kira,
Pandangan Allah terhadap kita.
Bukannya pandangan manusia.
Bersihkan hati.
Sebelum melakukan sesuatu,
Fikir dulu kesan baik buruknya.
Is it really worth it?
Apa guna kau terkenal di kalangan manusia?
Tidakkah kau mahu terkenal sebagai bidadari syurga?
Yang disanjung tinggi penduduk langit?
Pilihan d tgn kita.
Kita pilih akhirat atau dunia?
Syurga atau neraka?
Tegur kerana sayang ya ukhti.
Ingin bersama-sama kita menuju ke syurgaNya.
Tiada niat untuh menjatuhkan.
Ana perasan juga, byk di timeline ana kebanyakannya kaum adam retweet "Dulu susah nk cari perempuan yg bertudung labuh, berpurdah, berniqab. Skrg, bukak je instagram, berlambak" Allah Allah Allah. Segannya. Malu. "Wanita solehah tidak dipandang dan memandang" Ana juga tidak berapa pasti berkaitan post gmba sendiri ni. Ana tercari2 juga jawapannya dan ada yg berkata boleh dan ada yg berkata tidak hm wallahualam. Tapi yg pasti, pastikan gamba itu bertutup aurat, tidak membuat muka, tidak menaikkan shahwat dan tidak menimbulkan fitnah.
Wahai ukhti, sedar tak jika kita post gmba yg tidak bertutup aurat akan mengundang dosa kerana dilihat oleh ajnabi? Dan apabila kita like or share gmba kawan kita tu, pun perkara sama akan berlaku? kerana apabila kita like or share, gambar itu akan tersebar di home kita (insta following). Dan kemudian following kita yg ajnabi di insta akan lihat aktiviti kita itu, dan terus dpt lihat gambar org yg tidak mentup aurat tu? Perasan tak ada 2 pihak akan dpt dosa disitu?
Mesti rasa geram je asyik rasa nk post je gmba kita ni. I feeel you haha. Perempuan mana taksuka bergambar. Takpelah ya ukhti, amik byk2 pastu kita simpan je gmbar2 kita tu dulu. Kita sabar je then nnti kita tunjuk kt zaujun kita eh? Haa lagi best! (nmpk tak diri sndiri pun ada buat cmtu? hahaha) Gmba yg gedik2 pun boleh tunjuk, taktutup aurat apatah lagi haha.
Wahai akhi, jika boleh, bukan jika tp sgtsgt digalakkan tolongla jgn follo kaum2 hawa ni. Bahaya. Dan kalian sndiri jgnla post gmba yg tidak menutup aurat juga.
Serious ana tabik & respect sgt muslimah yg benar2 layak utk mendapat gelaran 'muslimah'. Mereka yg bertudung labuh/berpurdah/berniqab, tetapi tidak pernah menayangkan gambar mereka, sungguh baik kata-katanya dan amat menjaga ikhtilatnya. Allah. Skrg sgt susah untuk jumpa muslimah yg sebegini. Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha menggapai gelaran ini! In shaa Allah.Allahuma amin
Asif jiddan jika ada kesalahan pada entry pada kali ini. Mohon tegur ya. Ayuh kita berubah bermujahadah melawan nafsu! :)
Wahai ukhti, sedar tak jika kita post gmba yg tidak bertutup aurat akan mengundang dosa kerana dilihat oleh ajnabi? Dan apabila kita like or share gmba kawan kita tu, pun perkara sama akan berlaku? kerana apabila kita like or share, gambar itu akan tersebar di home kita (insta following). Dan kemudian following kita yg ajnabi di insta akan lihat aktiviti kita itu, dan terus dpt lihat gambar org yg tidak mentup aurat tu? Perasan tak ada 2 pihak akan dpt dosa disitu?
Mesti rasa geram je asyik rasa nk post je gmba kita ni. I feeel you haha. Perempuan mana taksuka bergambar. Takpelah ya ukhti, amik byk2 pastu kita simpan je gmbar2 kita tu dulu. Kita sabar je then nnti kita tunjuk kt zaujun kita eh? Haa lagi best! (nmpk tak diri sndiri pun ada buat cmtu? hahaha) Gmba yg gedik2 pun boleh tunjuk, taktutup aurat apatah lagi haha.
Wahai akhi, jika boleh, bukan jika tp sgtsgt digalakkan tolongla jgn follo kaum2 hawa ni. Bahaya. Dan kalian sndiri jgnla post gmba yg tidak menutup aurat juga.
Serious ana tabik & respect sgt muslimah yg benar2 layak utk mendapat gelaran 'muslimah'. Mereka yg bertudung labuh/berpurdah/berniqab, tetapi tidak pernah menayangkan gambar mereka, sungguh baik kata-katanya dan amat menjaga ikhtilatnya. Allah. Skrg sgt susah untuk jumpa muslimah yg sebegini. Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha menggapai gelaran ini! In shaa Allah.Allahuma amin
Friday, May 9, 2014
REDHA DENGAN TAKDIR
Alhamdulillah, syukur ya Allah. Terima kasih ya Allah.
Walaupun hati ni susah sgt nk berkata syukur berbanding selalu mempersoalkan 'kenapa aku dapat mcm ni' kenapa aku takdapat walaupun aku dah usaha byk' aku sepatutnya dapat tinggi' Tanpa sedar kita seperti ingkar dan membantah takdir yg ditentukan olehNya.
Ya Allah ya tuhanku, ampunilah aku yang sering mempersoalkan nikmat,rezeki dan ketentuanMu ini ya Allah..
Ingatlah bahawa Allah adalah sebaik2 perancang. Ingat tu. Dia tahu apa yg terbaik untuk kita. Maka, apa yg terjadi dlm hidup kita, itulah yg terbaik walaupun menda itu pahit untuk kita telan. Mungkin kita taknampak kebaikannya secara zahir pada waktu sekarang, tapi nanti in shaa Allah, Dia akan tunjukkan. Percaya padaNya. Dia maha berkuasa atas segala-galanya.
"Dunia adalah pentas ujian. Akhirat adalah penentu hidup" - Quote by myself
Jika diteliti betulbetul, benar semua yg berlaku dlm hidup kita di dunia sekarang ni, semuanya ujian.
Kita berjaya pun ujian sebenrnya, utk menguji tahap kita bersyukur dengan nikmat yg kita peroleh. Adakah kita lupa dengan si Pemberi nikmat dan leka dgn nikmat yg diperoleh? Berasa bangga kah kita? Mendabik dada kah kita? Walhal kejayaan itu adalah pemberian Allah bukan dari kita sendiri. Sedarlah wahai diri. Di akhirat nanti, kita semua sama. Pengakhiran hidup kita semua di tempat yg sama, dalam tanah. Kejayaan kerjaya kita, harta kita, semua itu tidak dibawa mati malah Allah taktengok pun dan sedikit pun tidak terkira dlm amalan kita nanti. Yg tinggal saat itu, hanyalah buku cacatan kita sepanjang kita hidup, bekalan ibadah dan iman kita. Ini semua dunia semata2 dan hanya bersifat sementara, tidak kekal, dan milik Allah.
"Sometimes what which you want most is most harmful for your hereafter so Allah take it away from you " - Abdulbary Yahya
Kita gagal, itu yg sering dilihat oleh mata manusia sebagai ujian. Ujian selalu dilihat sebagai perkara yg menyedihkan dan memerlukan kekuatan. Ye betul tu, tapi bukan itu sahaja. Ujian juga boleh dtg dlm bentuk kejayaan dan kebahagiaan seperti yg telah dinyatakan di atas. Kadang-kadang kegagalan itulah sebenarnya kejayaan. Jika kita berjaya sekarang, mungkin kita akan gagal nanti. Jika kita gagal skrg, mungkin kita akan berjaya nanti. Hidup kita ni, takselalu naik. Takselalu berjaya. Kerana manusia mudah leka dengan kejayaan diri. Tak semua kita nak, kita boleh dpt sebab sesetengah apa yg kita inginkan sgt, padahal itulah yg terburuk untuk kita. Allah tahu mana yg terbaik. Mungkin bg kita, kita nmpk apa yg kita inginkan sgt tulah yg terbaik untuk kita tapi kita taktahu apa yg bakal kita tempuhi jika kita terus dengan keinginan kita tu. Mungkin kita jatuh, gagal dan sebagainya kelak. Wallahualam. Kita taktahu masa depan kita mcm mana tetapi Dia tahu. Allah yg mana mngetahui. Tapi kita juga harus ingat, jgn hanya berserah sahaja akan takdir. Tapi fikir dan muhasabah diri balik. Kenapa menda camni boleh jadi? Mungkin kita ada buat salah sebelum ni yg Allah tidak redha. Mungkin diri ini masih melakukan dosa yg buat Dia marah. Renungkan balik dan cuba perbaiki diri. Jgn sedih bila Allah takbagi apa yg kita minta. Kdg2 Allah takbagi kerana Allah tahu kita taklayak dengan apa yg kita minta. Tp bukan Allah takbagi terus. Allah nk bagi yg lebih baik untuk kita. Semua perkara yg berlaku dulu ada hikmahnya, tak kira la ia berkenaan apa sekalipun. Yakinlah bahawa Allah akan memberi sesuatu yg lebih baik dari apa yg kita impikan dulu.
Ketika kita berharap yg terbaik tapi kita hanya mendapat yg biasa, bersyukurlah kita tidak mendapat yg terburuk. Alangkah lebih baik jika kita mensyukuri segala nikmat yg Allah beri, daripada terus menghitung kekurangan kita. Sebahagian dari kita tidak mensyukuri apa yg sudah dimiliki, tetapi kita mnyesali apa yg belum kita capai.
Jika kita redha dgn takdir, in shaa Allah, Allah akan sentiasa bantu kita. Baru sikit Allah uji kita dah mengeluh, sedih yg melampau seperti tidak redha. Kita ni semua lengkap. Hidup dlm Islam, masih berkemampuan sara hidup, cukup pancaindera, apa kita nak, byk kita dpt, dikurnia orang2 sekeliling yg syg kita, apa lagi kita nak? Masih taklebih dari ckup? Bandingkan hidup kita dengan orang yg lebih bawah dari kita. MashaAllah, bukalah minda dan pintu hati. Tengok dgn lebih meluas.Orang yg redha dgn ketentuan Allah, dia akan berasa tenang walaupun ditimpa ujian. Mmg sgt susah utk redha jika sesuatu yg kita idamkan dari kecil selama bertahun-tahun hidup, akhirnya tidak tercapai. Pujuklah hatimu wahai diri. Igt akan kekuasaan Allah terhadap segala di dunia ini. Ada ayah ana ceritakan satu kisah mengenai kawannya ketika ana sedih. Tapi asif ana takberapa nk igt jalan cerita full dia sebab dengar takdengar dek hidung yg sok sek menangis haha.
"Kawan papa ni nama dia ABC (identiti dirahsiakan haha) , dia org yg kaya raya. Dia ada satu syarikat ni. Dia melabur separuh dari harta dia. Separuh kak. Bukan sikit. Lepastu menda ni jadi yg sama dekat seorang lagi nama DEF (asif haha). Lps duadua ni melabur, keduadua mereka punya hasil pelaburan hilang. (bankrupt kot, haha takigt tp kira cm hilang lah duit tu hehe). Lpstu si ABC ni rileks je. Dia taksedih pun. Tenang je. Org pun pelikla, yela separuh harta dia hilang kenapa tak mengamuk mcm si DEF. Org pun ramai tanya, " Kenapa kau rilek je aku tengok? DEF tu dah mengamuk sedih semua dah" ABC tu, dgn sng dia jawab "Sebab aku redha dgn ketentuan Dia. Lagipun harta tu semua Allah yg punya, bukan aku punya. Mungkin harta yg aku labur tu, ada sebahagian dari hasil yg haram. Aku taknak aku bagi keluarga dan anak2 aku makan menda haram. Lpstu jadi darah daging diorang. Aku taknak. Aku percaya Allah buat ni semua terbaik untuk aku. Allah syg aku tu sebab Allah tolong aku. Kalau la aku berjaya je sntiasa, dpt duit byk mungkin aku akan lupa Allah. Mungkin aku skrg tgh sibuk bersuka ria dgn harta aku. Allah syg aku, dia taknak aku lupa Dia"
MashaAllah, SubhanAllah, sungguh suci hati dia. Ana tambah menangis lepas dengar cerita tu. Sbb ana rasa berdosa, menangis yg teramat sgt kerana sedih tidak dapat capai apa yg ana inginkan sgt dan selalu mempersoalkan ketentuan Allah tanpa berfikir panjang. Ana juga rasa cemburu kerana si ABC tu boleh berfikiran mcm tu. Andainya ana boleh berfikiran mcm tu juga dari saat awal. Tp Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Sayangnyaa Dia kat hamba-hamba Dia :) Apabila kita redha pada sesuatu yg mngecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dgn sesuatu yg tidak dijangka
Allah knows whats best for us, so why should we complain. we always want the sunshine, but he knows there must be rain
Dunia ni semua hanyalah sementara. Bukan kejayaan di dunia yg kita kejari tetapi Syurga, kejayaan di akhirat kelak. In shaa Allah. Mohon maaf ssgt kalau ada cacat cela dari entry kali ni. Kebanyakannya ni semua sebenarnya untuk membingan dan dorongan diri sendiri ketika sedih hehe. Hanya berkongsi.
La Tahzan, Innallaha ma'ana (Jgn bersedih, Allah bersama kita) Qawi lillahitaala (Kuat kerana Allah). Oh ye, bwh ni ada satu vid, tengoklah. Tersentap jgk tengok hm. Muhasabah diri. Wassalam :)
Monday, April 21, 2014
MY MR.S
Assalamualaikum wbt :)
Apakah itu Mr.S? Haha selalunya org sebut Mr.R kan? Stand for Mr. Right. Tp kalini ana nk guna Mr. S which is stand for Mr. Soleh hehe. Kan comel tu.
Al kisahnya mcm ni hihi. Baru je habis tengok cerita "Aku ada wali" dkt youtube. Seriously sgtsgt best. Even cerita melayu, tp ana sgtsgt respect dgn cerita yg ni. Really2 inspiring and full of lessons. Yes, its an islamic drama series. Only 13 episode je. Tengoklah! Sgt takrugi tau. Menda yg terjadi dlm hidup kita, dan kita boleh apply kan dlm hidup kita nanti, in shaa Allah. Lepas habis tengok je cerita tu, terus promote dkt semua kawan2 paksa suruh tengok jugak haha. Seriously jgn skip even 1 episode pun. Sbb setiap tu ada pengajaran. Untuk kehidupan, untuk juga yg paling byk pengaruh dlm cerita ni kaitan cinta lelaki dan perempuan. Alhamdulillah sgt byk menda yg ana dpt pelajari dr drama ni. Dkt youtube ada, tp takde episode 13. Or tengoklah kt SINI. Ha nmpk tu semangat nk korang tengok, siap bagi link haha. Sbb ana nk lah jugak saudara2 islam ana yg lain dpt jugak ilmu yg ana dapat hehe. In shaa Allah bersama-sama kita berubah ke jalanNya.
Yg byk bg impact kat ana kaitan ikhtilat. Dlm cerita tu ada byk jenis lelaki. Ada yg suka mengorat, yg panas baran, yg dirinya nampak islamic tetapi caranya salah, dan memang ada yg betul-betul islamic. Yg ana belajar dan tersedar, ialah yang dirinya nmpk islamic tetapi caranya salah. Nauzubillahiminzalik. Risau sgt kalau yg tu. Kita mmg dah rasa diri kita ni ikut cara islam, yakin sgt tapi astaghfirullahalazim, caranya tidak diredhai Allah. Harap kita dijauhkan dari ciri-ciri yang mcm tu. Amin amin amin ya rabb.
kalau hati terpaut sungguh pada seorang gadis, jgn beranikan diri utk bertemu gadis itu. tapi beranikanlah diri untk bertemu dgn ayah dan ibunya
Ha lelaki yg soleh tu dlm cerita ni, muncul dah nk hujung2 episode. So kalau malas sgt nk tgok semua, tengoklah episode 8-13. Dlm episode tu byk psl seorang lelaki yg soleh. Siapa nk kawen dgn ana, kena tengok cerita tu dulu! Kalau menepati, boleh lah. Ceh! Hahaha. Cerita ni ditulis skrip oleh Fatimah Syarha. Cerita ni diadaptasi dari novel "Aku ada wali" penerbitan Fatima Syarha juga. So rasanya nk beli lah novel tu, sbb terlampau byk pengajran dlm cerita tu, nak salin utk peringatan sentiasa pun taklarat nk catat hehe. Dgn adanya novel, snglah highlight dan in shaa Allah boleh rujuk bila-bila sahaja dgn sng.
Tazkirah dari ana sikit hehe :
Selagi belum halal, kita masih ada jarak
Kalau kita nk yg soleh, yg mempunyai akhlak mulia, yg sgt mencintai Allah dan Rasul, kita perbaikilah diri kita dulu. Itu yg penting. Jodoh itu semua ditangan Allah, Allah yg tentukan. Suatu masa nanti akan berlaku juga menda tu, jadi usahlah khuatir dan sebok memikirkannya. Cuma masa akan menentukan cepat atau lambat. Apa yg kita perlu lakukan, persiapkan diri sendiri mengikut redha Allah. Itu sahaja.
Good women are for good men ( Surah An-Nur verse 26 )
Ini la juga yg jadi dikalangan remaja2 zaman skrg. Sebok memikirkan cinta hingga berlaku ikatan yang tidak sah. Tetapi akhirnya wallahualam, mungkin tidak akan menjadi pasangan kita yg halal suatu hari nanti dan mungkin menyakitkan hati sendiri. Ingatlah sntiasa matlamat hidup kita. Apa yg kita buat, sntiasalah soal dlm hati, adakah ini mendapat redha Allah ataupun tidak. Segala yg tercatat akan berlaku di akhirat nanti semuanya benar dan akan berlaku. Dan masyaAllah, hukuman2 yg dikenakan utk org yg berzina sgt lah dasyat. Nak share pun byk. Bohonglah ana tidak pernah terjebak dgn perkara sebegini. Tetapi Alhamdulillah syukur sgt ana dibukakan pintu hati dpt melihat semuanya. Buatlah search, beli buku2 berkaitan, tengok video2 dan berdampinglah dgn kawan2 yg beramal mulia. In shaa Allah kita akan dibukakan pintu hati. Yg plg penting itu solat kita haruslah dijaga dgn baik. Dijaga baik ini bkn hanya sekadar menjaga solat 5kali sehari tetapi tahap khusyuk dan tahap kita merendahkan diri kita kepada Allah swt. Ana suka sgt baca2 quote dan ana suka ayat ni "Doa itu senjata besar bagi orang Islam" Haa. apa lagi, jgn berhenti berdoa. Allah sgt suka dgn hamba yg suka berdoa kepadanya. Ana ada baca juga, maksiat dan zina ni lah yg paling kuat menyumbangkan kita ni terpesong. Adanya maksiat dan zina, ilmu pun takboleh nk masuk. Jadi, marilah kita bersama-sama berubah. Dan saling mengingati satu sama lain. Ana ada baca satu lagi " Kita sibok memikirkan perkahwinan kita yg bakal tiba nanti, tetapi kita tidak sebok memikirkan kematian kita yg bilabila sahaja yg boleh terjadi. Istighfar" Kita sebok bercinta dan merindukan sesorang yg bukan mahram. Allah cemburu tau. Kita nk ke pencipta kita cemburu? Astaghfirullah. Allah yg sentiasa memberikan kita nikmat malahan setiap hari tapi kita tidak sedar malah seorang yg bukan mahram sering berlegar dlm ingatan. Nauzubillahiminzalik. Lindungilah kami semua dari godaan syaitan dan dari leka mengingatiMu ya Allah. Lagilagi bila kita lihat dunia kita ni skrg, ya Allah sgt lah uzur. Taktahulah kenapa kalau soal seperti perkahwinan dibangkitkan, ana selalu rasa ana taksempat melalui saat tu mungkin kerana dunia telah kiamat ataupun ana sudah tiada. Wallahualam. Ye, mmg susah untuk berubah. Mmg susah utk berhenti berhubung dgn org yg kita syg, tapi demi Lillahitaala apa salahnya. Awal2 confirm mmg susah, tapi lama2 in shaa Allah, Allah akan bantu kita hadapinya dgn tenang. "Allah akan membantu umatNya yang ingin kembali ke jalanNya" Bukan ke sweet kalau masing2 kalau rindu, luah dkt Allah. Dan masing2 dalam doa, dalam diam mendoakan si dia. Sbb kita manusia. Hati kita Allah yg pegang. Jadi mintalah kepada Allah supaya menjagakan dia untuk kita bukan meluahkan kepada si dia dimana membuatkan syaitan bersorak kegembiraan. "If you are looking for a spouse, looking for the one who will take you to jannah" Bersusah dulu, bersenang kemudian. Dunia ini penuh cabaran. Ini semua untuk penentu di akhirat kelak. Ada yg sudah meninggal, jika mereka boleh bersuara, mereka pasti diminta utk dihidupkan kembali dan sepenuhnya taat kepada Allah swt. Sentiasalah mengingati mati. Bukan ke comel cinta selepas nikah? Dan mgikut cara islam? Mcm dlm gambar atas tu! Hehe
Hah ni ada satu blog, bacalah, byk info jugak berkaitan adam dan hawa. In shaa Allah boleh diaplikasikan dalam hidup kita hehe. Here.
Jadi sampai sini je. Ini semua peringatan utk diri ana sendiri juga sebenarnya hehe. Ana pun sgtsgt cetek lagi ilmu berkaitan ini dan masih dalam proses belajar. Hanya berkongsi apa yg ana pelajari. Marilah sama2 kita applykan. Maafkan ana kalau tersilap atau kasar bahasa atau ada menyentuh hati sesiapa. Dan maaf juga kalau tersalah info. Kalau ana ada salah, mohon jgn perlekehkan ana tapi bimbing ana. In shaa Allah bersama hehe. Wassalam :)







